TAKLIMAT PENGAJIAN ASIA e UNIVERSITY

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Taklimat akan diadakan pada :
28 Disember 2013
10.00 pagi
PPAD Ledang

Surat siaran dan telefon kepada GB telah diberikan

Semua guru SAKJ Ledang dikehendaki hadir. Sekian, terima kasih.

Pekeliling Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor Bil.5 Tahun 2013

Pihak sekolah boleh mendapatkan bahan tersebut melalui Seksyen Pengurusan Sekolah PPAD Ledang.

Buku Persediaan Mengajar & Kehadiran Murid SAKJ Daerah Ledang

Pihak sekolah boleh mendapatkan bahan tersebut melalui :
Unit Pengurusan Sekolah - Seksyen Pengurusan Sekolah  PPAD Ledang 
bermula pada 16 Disember 2013 .

Bengkel Peningkatan Pengurusan Awal Persekolahan 2014

Bengkel tersebut akan diadakan sebagaimana ketetepan berikut :
Tarikh       23hb. Disember 2013
Masa        08.00 pagi
Tempat     Dewan Gora , Nasuha Herba, Pagoh Muar.

Kehadiran kepada semua GB dan GPK 1 SAKJ Daerah Ledang.
Surat telah dikeluarkan diedarkan.

Sekian.terima kasih.

Bengkel Semakan Pendaftaran Dj.1/2014

Merujuk surat edaran , dimaklumkan perubahan tarikh berlaku untuk bengkel tersebut sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh    : 12 November 2013
Masa     : 8.30 pagi
Tempat : Dewan PPAD Ledang

Perubahan tarikh adalah disebabkan adanya bengkel UPS di peringkat negeri.

Sekian, terima kasih.

Program Korban Perdana PPAD Ledang bersama MAGA Ledang

Program tersebut akan diadakan di Pejabat Pendidikan Agama Daerah Ledang sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 17 Oktober 2013
Masa  :  8.30 pagi
Tempt : PPAD Ledang
Kehadiran : Semua GB SAKNJ dan SRA , Pengetua SMA, semua guru penolong (lelaki).

Kehadiran tuan/puan sangat diharapkan dan dialu-alukan bagi menjayakan program tersebut dengan membawa peralatan yang sesuai untuk kerja-kerja melapah daging korban.

Mesyuarat PPAD bersama MAGA Daerah Ledang

Mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaaimana berikut :

Tarikh   : 16 Oktober 2013
Jam      :  10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PPAD Ledang
Kehadiran : Semua AJK MAGA Daearah

Hari Raya Aidiladha

Warga kerja Pejabat Pendidikan Agama Daerah Ledang, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada Seluruh Guru SAKNJ Daerah Ledang, Guru SMA Daerah Ledang, Guru SRA Daerah Ledang dan Guru Madrasah Tahfiz Swasta Daerah Ledang yang akan disambut pada 15 Oktober 2013 M bersamaan 10 Zulhijjah 1434 H.

Cuti Berganti Sempena Hariraya Aidiladha

Pejabat Pendidikan Agama Daerah Ledang telah mengeluarkan surat ,berhubung dengan cuti berganti.
Pihak sekolah dikehendaki membuat surat permohonan segera bagi kelulusan sebelum cuti bermula. Tarikh cuti pada 14.10.2013 dan cadangan gantian iaitu pada 26.10 2013 (Sabtu) .

Ralat Pekeliling BPJAJ Bil.3/2013

Adalah dimaklumkan bahawa , ralat pekeliling BPJAJ Bil.3/2013 telah dikeluarkan kepada semua SAKNJ Daerah Ledang.
Sila dapatkan surat edaran tersebut didalam loker sekolah masing-masing.

Bengkel Keperluan Perabot/Peralatan & Baikpulih Sekolah 2014, Sekolah Agama Kerajaan Johor ,Daerah Ledang

Seksyen Pengurusan Sekolah dibawah Unit Pengurusan Sekolah akan mengadakan bengkel tersebut pada :
Tarikh       : 26hb September 2013
Masa        : 8.30 pagi
Tempat     :Dewan PPAD Ledang

Guru Besar hendaklah mengarahkan GPK 1 untuk hadir ke bengkel tersebut dengan membawa keperluan sebagaimana surat yang diedarkan.

Majlis Perasmian Penutup Tilawah Membaca Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Negeri kali ke 65 Tahun 2013/1434

Majlis tersebut akan diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh              : 24 September 2013
Masa               : 2.00 petang
Tempat            : Dewan Jubli IntanSultan Ibrahim, Tangkak, Ledang
Perasmian oleh :Dato' Seri Khaled Bin Nordin
                         Menteri Besar Johor.

Majlis Tilawah Membaca Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Negeri Kali Ke-65 2013/1434

Majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh     : 23 & 24 September 2013
Tempat   : Daerah Ledang.

Terdapat 12 Lokasi perujian - sila rujuk kepada pentadbiran sekolah.

Gotong Royong Tilawah Membaca Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Negeri Kali Ke-65 Tahun 2013/1434

Semua AJK yang terlibat dapat hadir ke lokasi sebagaimana taklimat pada :
Tarikh    : 21 & 22 September 2013
Masa     : 2.00 petang

Kerjasama tuan/puan sangat-sangat dialu-alukan bagi menjayakan kelancaran majlis tersebut.
Majlis Sambutan Hariraya anjuran PPAD dan MAGA Ledang akan diadakan pada :

5hb. September 2013
Jam 9.00 pagi
Dewan PPAD Ledang

Kehadiran kepada semua guru SAKJ

Program Kunjungan Marhaban Aidilfitri 1434

Kepada semua guru dan keutamaan kepada guru yang berhampiran dengan kediaman tuan rumah dijemput hadir bersama-sama dalam program anjuran MAGAD Ledang sebagimana jadual yang disertakan :

Tarikh                     Tuan Rumah                                  Masa                              Alamat
13.8.2013         Ustz.Ramlah Jamingan                       9.30 pagi                       Parit Kassan
                         Tn.Hj Mohd Janis                            11.30 pagi                       Parit Kassan
20.8.2013         Ust. Japar Supardi                            08.30 mlm                      Kg.Baru Bt.28 Lenga
21.8.2013         Ustz.Azizah Md.Arif                         08.30 mlm                      Kg.Simpang 5 Pekan
27.8.2013         YB Hj.Abd.Razak Minhat                09.00 mlm                      Kg.Pt.Jarum Laut
28.8.2013         Ust Amran Bin Atan                         08.30 mlm                      Muar

Terima kasih diatas sokongan dan keperihatinan guru-guru dalam menjayakan progam yang disusunatur.

Sekian.

Mesyuarat AJK Kecil Perujian Membaca Al-Quran Peringkat Negeri Tahun 2013

Mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh       : 20 Ogos 2013
Hari          : Selasa
Masa        : 2.30 petang
Tempat     : Dewan PPAD Ledang.

Kehadiran : Semua Guru Besar SAKJ Daerah Ledang
 p/s : Sila bawa pendrive untuk mengambil bahan Profail Badan Kebajikan SAKJ untuk dikemaskini bagi bengkel pd 28.8.2013 nanti.

Sekian, terima kasih.

Bengkel Profail Badan Kebajikan

Seksyen Pengurusan Sekolah, UPS, PPAD Ledang akan mengadakan bengkel sebagaimana perancangan berikut :

Tarikh        : 28.8.2013
Masa         : 8.30 pagi
Tempat      : Dewan PPAD Ledang
Kehadiran  : GPK HEM
Pakaian      : Sebagaimana pekeliling
Peralatan    : Laptop . Broadband , Bahan & Profail BKS yang telah dikemaskini.

Sehubungan dengan itu, semua guru ICT dapat membuka akaun gmail sekolah masing-masing untuk mendapatlan maklumat profail BKS tersebut dan membawa bahan yang telah siap pada bengkel tersebut untuk semakan .

Sekian, terimakasih.

Majlis Tadarus ,Berbuka Puasa UMNO Pagoh

Majlis tersbut akan diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh     : 3  Ogos  2013
Hari        : Sabtu
Masa      :4.30 petang
Tempat   : Masjid Kg.Parit Medan, Kundang Ulu,Ledang

Kepada semua Guru Besar dan Guru Penolong di Parlimen Pagoh (Dearah Ledang ) dikehendaki hadir dalam program tersebut.

Surat akan diedarkan kepada sekolah terlibat.

Mesyuarat Pengurusan PPAD Ledang

Tarikh   : 30.7.2013
Masa    : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPAD Ledang


Majlis Tadarus Al-Quran dan Khatan
Anjuran : PPAD & MAGA Ledang

Tarikh     :  1 Ogos 2013
Masa      :  8.30 pagi
Tempa t  :  Dewan PPAD Ledang

Semua guru dan kakitanga  yang terlibat supaya dapat hadir bersama-sama menjayakan program tersebut.

Laporan Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti JAJ

Hasil auditan .... terdapat Sekolah Agama yang tidak mengambil berat tentang kebersihan longkang disekeliling bangunan sekolah sehingga dipenuhi dengan sampah sarap dan rumput.

Perhatian ; sila ambil tindakan segera.

Majlis Berbuka Puasa

Majlis bersama Tan Sri Mohyidden Bin Hj .Mohd Yassin akan diadakan pada :
Tarikh   : 28 Julai 2013
Tempat : Sri Satria, Puterajaya.

Jemputan kepada semua GB Zon Gambir dan semua guru penolong  SAKNJ yang duduk di Parlimen Pagoh
Perkhidmatan bas di sediakan.

Sila berhubung dengan ust Japar Bin Supardi untuk keterangan lanjut.

Pindaan tarikh Cuti Berganti

PPAD Ledang telah menerima surat berkaitan sebagiman butiran :

tarikh cuti                        tarikh ganti

5/8/2013                        cuti peristiwa
6/8/2013                        24/8/2013

Namun pentadbiran sekolah diminta membuat surat permohonan untuk kelulusan PPAD.

Sekian,terima kasih.

Cuti Berganti

Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidilfitri

 Cuti                                  Tarikh Ganti

Isnin    (5/7/2013)                 27/7/2013
Selasa (6/7/2013)                 24/8/2013

Semua SA dikehendaki membuat surat permohonan ke PPAD Ledang.

Majlis Tadarus & Khatam PPAD & MAGA

Mesyuarat Majlis Tadarus dan Khatam pada 2 ogos 2013 di PPAD Ledang jam 9.30 pagi

Majlis Khatam & Tadarus

26.7.2013 Sekolah Agama Felda Sri Ledang akan mengadakan Majlis Tadarus dan Khatam

Bengkel UPS

23 & 25.7.2013 Unit Pengurusan Sekolah telah mengadakan Bengkel Membina Blog dan Email kepada Sekolah Agama Daerah Ledang bagi Zon Tangkak di Institut Perindustrian Ledang, Sagil.  Semua guru begitu bersemangat sekali....